Ahad, 16 Oktober 2016

Laporan Hari Sukan Negara 2016

Pada 8 Oktober yang lepas, semua staff dan murid SMK Nanga Dap telah menyahut seruan untuk bersukan pada Hari Sukan Negara. Banyak aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, pertandingan bola jaring dan bola tampar serta satu acara tambahan iaitu ping pong





Rabu, 12 Oktober 2016

LADAP bersama En. Stephen Tan

Pada 5 October lepas, para staf SMK NANGA DAP telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan bersama Encik Stephen Tan. Banyak maklumat yang beliau telah kongsikan. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.




Isnin, 26 September 2016

Laporan Karnival ASAT

Tahniah kepada sekolah kita atas pencapaian dalam ASAT pada Sabtu lepas. Senarai kejayaan kita adalah eperti berikut:

1. Bola jaring - juara
2. Nyanyian solo - juara
3. Senam tari - juara
4. Bahas, public speaking, catur, futsal - no.3


Lahirnya seorang Dap Idol

Tahniah kepada Adik Sheryl Lim Sui Hua kerana menjuarai Nyanyian Solo untuk ASAT pada Sabtu lepas.


Jumaat, 23 September 2016

Bola Jaring ASAT Kita Juara!

Tahniah kepada pasukan kita yang telah mengalahkan SMK Kanowit dengan skor akhir 4-3


.
Bahas Ala Parlimen ASAT Dapat Ketiga

Syabas kerana mencuba, Team Dream Big. Tahun depan kita cuba lagi!





Public Speaking ASAT Dapat Ketiga

Tahniah kerana mencuba, Adik Jenenis (1A). Tahun depan cuba lagi.